Nuffnang Ads

Showing posts with label belajar. Show all posts
Showing posts with label belajar. Show all posts

03 September 2014

Tips interview

hai assalamualaikum

siapa tengah cari kerja ? tengah tunggu panggilan interview ? angkat tangannnnn. ok bagus. good luck semua. saya pun tengah cari kerja. tengah interview. alhamdulillah belum ada rezeki tapi ada macam macam interview. inshaaAllah. mohon pada diri sendiri jangan putus asa. fikir positif !

kadang kadang pergi interview bukan setakat bawak resume/cv je tau. saya rasa ada macam macam tips supaya interview kita berjalan lancar. sini saya cuba kongsi perkara perkara yang tengah saya buat dan belajar masa datang interview


1. tahu latar belakang syarikat
kalau kita apply company yang gah. soalan macam ni memang wajib rasanya. jadi kena bersedia lah. kalau ditanya tapi xtahu jawab susah dik oi. akak je dah kena reject. haha pengalaman kan. kalau xbuat salah xtahu kesilapan. biasa benda benda ni sangat sensitif kepada interviewer. once kamu xtahu, kecik ati depa dik

2. sedia gambar, salinan sijil dll
ini perlu. sebelum interview akan kena isi borang. borang tu mesti kena attach dengan salinan sijil dan gambar. kalau ada company yang xmintak semua tu, tak apa lah. sediakan je. pun saya penah buat silap. haha. jauh tu pergi iv kat sepang. lupa bawak. nasib baik bawak semua sijil. menjajau cari kedai fotostate. sadd oh

3. pakaian
yang ini memang penting. pakai pakaian yang sesuai dengan bidang kita. if perempuan dan awak interview position civil engineer sangat sangat tak sesuai pakai baju kurung. nanti kita dianggap sangat anggun, sangat xtahan lasak. bukan nak minta kerja admin kan. tapi kalau admin takde masalah. lelaki pun kena smart. baju tuck in. walaupun awak minta kerja site engineer masa interview still kena kemas. itu pandangan pertama mereka kat kita

4. yakin
jawab dengan yakin. dilarang banyak tercengang atau tergagap atau terkedu. hehe. biasa kan orang suka tercakap Aaaaaa. Errrrk. Hmmm. sebab xtahu nak jawab apa. saya pun selalu buat camtu. hahaha. tapi solution dia, kena practice depan cermin. kalau dah tercengang nak wat guane. selawat banyak banyak. takpun jangan la terAaaaa. tapi senyum lebar lebar. kikiki

5. "body movement"
bukan xpayah banyak bergerak. saya nak maksudkan posisi tubuh badan masa interview. duduk kena tegak. xboleh sandar. tangan letak kat peha. kalau ada bawak beg, letak sebelah kaki. duduk pun ada cara. boleh google. haha. saya pernah terduduk silang kaki. wah kemain retiss. pastu beg letak sebelah macam takut hilang. amboi patut la kena reject. hahaha. macam poyo

6. sikap dan disiplin
masa. kita kena bermain dengan masa. kalau boleh jangan lambat tapi kadang kadang sesat ke kan. pastu kemain bagi alasan, jam saya xsama rupanya dengan jam company ni. Ahh sudahlah kau bagi alasan pulak. dan apa yang company suruh bawak dan sediakan. kena buat. ni company da request awal awal. so kalau bagi alasan lagi masa interview, memang direct je dorang cakap GAGAL

7. suara
tak payah eh cari buluh perindu selit kat gigi. kunun nak suara merdu. haha maksudnya suara awak kena jelas. kuat bukan menjerit. pastu ayak liuq jaga jaga. hahaha. lagi satu saya percaya ramai dari kita xmahir dalam komunikasi formal. lagi lagi bila interview in english. kita bukan xboleh speaking, mesti semua boleh kan. cuma kena cuba belajar formal and effective communication. saya pun banyak kurang. selalu saya cakap apa yang ada dalam kepala je. hahaha sorry bagi tips tapi xbuat. my badd

8. lesen dan kenderaan
lesen dah jadi 1 kepentingan. tapi kalau takde boleh dipertimbangkan. kan ? kenderaan pun. sobs. xkerja macam mana bak beli kenderaan sendiri. tapi pandai pandailah jawab. ada yang ajar saya, cakap je ada kenderaan. nati da masuk kerja heheh je lah. tapi jangan sampai bergantung sangat kat company suh bawak sana sini untuk urusan luar. kalau kerja kerajaan yelah ada driver. huhuh sadd

9. "expected salary"
kaji gaji untuk kelayakan awak. kaji tau. jangan suka suka mintak. hahah biasa mereka tanya berapa gaji kita nak. jangan letak rendah sangat sebab kalau mereka boleh bayar lagi tinggi mereka xkan cakap. tapi bila minta tinggi biasa dorang akan terus cakap yang mereka boleh bagi gaji sekian sekian. so accept. kalau tinggi mereka turunkan rate gaji. kalau rendah mereka diam diam. haha ini professor saya ajar. saya still kaji rate gaji. tapi kalau awak kaji tentang gaji gaji pekerja situ lagi bagus. senang xde tawar menawar. hahaha ayat kemain

10. doa
doa sebenarnya benda pertama. doa ibu bapa penting. doa dari syurga kita lagi penting iaitu ibu. harap harap setiap langkah kita ada peneman dari doa doa ibu. inshaaAllah akan dipermudahkan.

ada lagi yang saya xnyatakan x ? kalau awak ada ilmu dan tips boleh share x ? saya tengah belajar. hihi. tq semua. yang positif amik dan amalkan. yang negatif buang jauh jauh. Selamat maju jaya semua !



STRONG. STRONG. STRONG

03 April 2013

what is my big dream ?


just register

but

soon

nak duk rumah goyang kaki, habiskan harta laki

ish ish ish

STRONG. STRONG. STRONG

23 December 2012

Aturan Allah itu cantik

dalam kehidupan ni. kita xmampu nak dapat semua yang kita harap. kita kadang kadang xdapat apa yang orang lain dapat. tanpa sedar pulak, orang lain jugak xdapat apa yang kita dapat. hidup kena selalu bersykur. walaupun kau gagal dalam exam, tetap kena bersyukur tau. walaupun kecewa, sebenarnya kau sedang dilatih untuk bersabar dan bertabah. 

aturan Allah itu cantik. kita diberi kekecewaan dahulu, barulah diganti dengan kebahagiaan. saya percaya rezeki ada di mana mana. saya perlu motivasikan diri sendiri daripada saya duduk menangis macam orang bodoh disebabkan saya rasa, apa yang saya dapat xsetimpal dengan apa yang saya dah bagi. itu bukan jalannya ! 

bagi saya. contoh lah. saya xmacam orang tu. dia belajar sekali je terus faham dan mahir. saya kena belajar 2 3 kali baru faham. xpun lebih dari 2 3 kali baru mahir. tapi saya kena selalu fikir macam ni "kalau aku diberi kepandaian macam dia, aku takut nati aku riak atau takbur. sape tahu kan. elok aku bersyukur macam ni. kan" betul x kawan kawan ? the point is kita patut bersykur dengan kejadian diri sendiri. amin

STRONG. STRONG. STRONG

29 October 2011

bahagianya kalau dapat makan ABC

minggu ini dan minggu sebelumnya serta mungkin minggu berikutnya ----> saya SIBUK


saya sibuk dengan geologi


geologi banyak mengkaji tentang mineral yang terdapat dalam perot bumi
kaji batu batuan laa. ish3 dulu batu batu neh aku buat men batu seremban je
sekarang ? hambek kau. 1 buku tuh pasal teori je. waaa !

tape. belajar. belajar. abah kata geologi ni senang je !
=P

team work saya yang cumel sekali
sebab dorang semua ex polipd
chemistry da wujud secara semulajadi
ye saya senior dorang. so aku mem besar !
hahaha wek

jadi tak dapek laa nak update macam macam. huhu xbest kan kalau xupdate blog ? xpe xpe saya memang sengaja nak menepekkan habuk serta debu debu kat sini. deco deco. 

k babai. 


STRONG. STRONG. STRONG

16 October 2011

bosan kot

hye sayang sayang semua. assalamualaikum =)

ok malam neh dah jawab 2 test ! CLAP CLAP CLAP 

1st test - construction engineering
2nd test - hydraulic

tapi not gud la kot. CE ok lagi. serunuk sangat jawab paper CE tapi bile jawab paper hydau macam nak tercekek pon ada. takkk ! takkkk ! ! ! saya xpercaya yang saya dah salah faham dengan soalan soalan tadi ! ! ! ok lupekanlah. anggap je laa saya jumpa formula baru tadi. so  , kau ade ? ? huhuhu

kecewa kot. pastu bertambah kecewa lak dengan pemandu bus kolej neh. bawak la hati hati. tau la malam. xyah la bawak laju pastu brek mengejut. awak, kalau awak yang tengah baca neh tadi naik 1 bus dengan saya, mesti awak kenal kan budak budak kecik yang jatuh beramai ramai tadi ? yaa kami berlima la tuh. jatuh secara berpeluk pelukan dan juga tindih menindih. owww so sweet. malang ! tapi naseb baik la antara kami berlima tuh, saya langsung xkena tindih. sebab saya yang tindih mereka. hahaha. dah la kitorang semua kecik kecik. kesian tol yang kena tindih tadi. sori kema, xsengaja tindih ko. nanti aku urut urut badan ko eh. huhuhu

sekarang nak rasa kecewa lagi. sebab xleh nak siapkan esaimen muzik neh. waaaaa ! !


Nama Not
semibrif
minim
krocet
kuaver
semikuaver
demisemikuaver

*aku rasa aku bukan xleh buat tapi aku malas*


giler comel aku lukis klef camni
eh lukis ke tulis erk ?
sebenarnya klef ditulis pada awal setiap baluk
tapi kenape aku tulis banyak banyak ?
owh saje je. nanti leh pilih mane yang lagi comel
hahahahaha


dah siap jugak laa sebenarnya tapi cikgu suh tulis banyak banyak
maybe cikgu pun sama pemikiran dengan saya laa
kalau buat banyak banyak nati leh pilih mane lagi comel =P

tadi aku masuk kelas muzik 10minit je. aku cakap ada test. tapi cikgu cakap ada gitaris undangan. rugi xjoin. xpelaa cikgu. saya tau dah gitaris undangan tuh bukan sham kamikaze. so xmenyesal sangat kot. bahahahaha

STRONG. STRONG. STRONG

25 September 2011

starting school =)

hye assalamualaikum =)


pernah tak masuk dalam kelas yang semua pelajarnya diam je. xde respon langsung bila lecture mengajar ? selalu kan. buleh bayang tak macam mane situasi tersebut ?

bosan

mengantuk

rasa menyesal

macam nak minum teh tarik

nak pegi tandas pastuh duduk lama lama atas toilet bowl

cenderung men mesej ngan pakwe/makwe

kan ? setuju kan ?

pastu mesti lect korang bengang tahap petala kelapan ! tuh kalau lect bersifat garang la. tapi lau lect korang sopan. baik. suci je muka. mesti beliau tacing =( lalu beliau pun bertanya

kenape dari tadi . . . kelas ni senyap je ?

dan jawapan paling xberdosa ialah

anda sopan. kami malu

saya rasa lect xmarah lau korang jawab macam neh. sekian =)


STRONG. STRONG. STRONG