Nuffnang Ads

18 December 2010

reading


sebenarnya saya bukan ulat buku
tapi if u ask me about Ramlee Awang Murshid
saya terus jadi ulat bulu. haha

saya peminat tegar karya karya beliau
sbb saya penggemar genre thriller/epik/misteri
jadi awak boleh cari saya jika awak nak ajak saya mintak t.t beliau
haha

antara koleksi yang saya ada






yang paling baru


sape nak pinjam kena sewa ! 
lalala



STRONG. STRONG. STRONG

12 December 2010

3 kunci



tadi saya berborak nga kawan baik. nama dia Anna & The King *bukan name sebenar* borak macam macam then tetiba tercakap sal LELAKI. kalau cerita pasal lelaki, apa yang best erk? mesti laa perilaku mereka. ting ! perbualan budak budak bujang mmg camneh. haha

anna cakap, haritu ibu dia duk berbual nga dia pasal calon suami. dia pun cerita balik kat saya. si ibu cakap, nak cari calon suami kena ada 3 kunci.

1. kunci motor

maksudnya ialah kenderaan. kalau ada kereta lagi bagus. nanti xde laa kehulur kehilir nga bini guna bas no 11. kita kawen nak makin senang, bukan makin susah.

2. kunci laci

maksudnya ialah ada meja sendiri. atau tuk lebih difahami ialah ada kerja tetap. bila da kawen, ekonomi kena makin stabil. nak bagi anak bini makan bukan senang. kerja tetap menjamin masa depan keluarga.

3. kunci bilik

maksudnya ada rumah. xkisah laa rumah besar atau rumah kecil. yang penting ada tempat tinggal untuk bakal isteri. juga bakal anak anak.

untuk bakal suami saya "awak ada 3 kunci x ?" huhu mcm materialistik laa pulak. well itulaa tanggungjawab lelaki =)



STRONG. STRONG. STRONG

30 November 2010

mitos kucing 9 nyawa

pernah x dengar bahawa kucing ada 9 nyawa ?

pernah x ? pernah x ?



sebenarnya tuh cuma mitos. tp sebenar benarnya jugak. kucing tuh same jeq macam manusia. ada 1 nyawa jeq. tp kenapa wujud mitos tentang kucing ada 9 nyawa ? tahu nape ? sbb ada sebuah cerita dongeng mengenai kucing memiliki 9 nyawa dan 8 nyawa daripadanya digunakan untuk menyelamatkan kawan kawan haiwan yang lain. nyawa terakhir sahaja yang menjadi milik kucing seorang *xtaw laa logik qer x cerita dongeng neh* lagipun kucing neh ada kemampuan luar biasa n dianugerahkan daya ketahanan yang baik. *xtaw laa nak setuju qer x sbb kucing Mary Amanda pun dah 4 ekor mati* heeee

tapi tahu x, kucing kalau jatuh dari tempat tinggi pun xcedera. siap leh bangun dengan selamba dek jeq. *haa ko jangan plak try baling kucing ko dari menara berkembar petronas* sbb kucing memiliki sistem keseimbangan dan kepekaan yang sangat baik. bila seekor kucing terjatuh dari tempat tinggi, kucing cepat peka dan sedar posisi dia jatuh. contohnya bila dia terjatuh dalam keadaan terlentang dia cepat cepat membalikkan tubuh lalu kedua dua kaki dia akan berada di bawah dan bersedia untuk landing. 

tapi gaya dia landingkan tubuh dia pun ada cara. bukan asal kaki mesti ada kat bawah jeq. kucing akan merengangkan kaki dia dan membuatkan tubuh dia seolah olah seperti payung terjun. then bila semakin hampir ke tanah, dia akan letakkan posisi kaki seperti gambar di bawah. tuh pasal laa dia selamat mendarat =)



hebat x kucing ?

tapi tapi tapi. kalau kucing jatuh dari tempat yg rendah, dia akan berasa auch ! saket woo ! sbb apa ? sbb kucing xsempat nak buat step step di atas. hahaha 

ehem bapak Seri..buleh x pinjamkan Seri pada saya kejap ? macam nak buat eksperimen laa. hahaha !

konklusi : hargai laa kucing anda selagi dia masih ada. 

STRONG. STRONG. STRONG

05 November 2010

yang patah harus tumbuh..yang hilang xperlu diganti



bila sakit hati, mesti sentuh dada *bukan buah dada okeh!* usap dan tepuk perlahan lahan. sabarlah hati.....

wahai hati aku

aku mintak sangat supaya kau xsakit. kalau kau sakit siapa yg sudi jaga aku lagi ? sementelah kau pernah patah, tumbuh la kembali. jangan ganti apa yang hilang dari kita. rasanya cukup ada kita berdua......

STRONG. STRONG. STRONG

14 August 2010

surat x berformat


kehadapan bos yg kucingtahi,

bersempena bulan ramadhan yg penuh keberkatan ini, saya kepilkan entry saya beserta gambar hot ini. niat suci dan murni saya adalah untuk memberitahu bos bahawa sesungguhnya saya tidak laa sanggup bekerja full di bulan ini. manakan tidak, jiwa dan raga saya sungguh terseksa sekali berada di kios itu memandangkan 2 buah kedai di belakang kios kita sungguh durjana sekali kerana menjual makanan. tidakkah bos mahu berganding bahu n memerah peluh bersama saya membakar COOL BLOG n YOGI YOGI MARKETING ? 

oh bos. adakah bos tahu yg saya juga berimpian untuk berbuka puasa bersama keluarga terchenta ? kenapakah bos sezalim ini ? uhuk uhuk uhuk. adakah bos sukar melepaskan pekerja yg berdedikasi n berwibawa seperti saya ini ? oh bos jgn risau deh ! saya swear yg keuntungan kita pada bulan ini akan bertambah rm 10 dgn jayanya. 

tetapi oleh kerana bos sudah tidak mempedulikan luahan batin saya, dengan ini saya ingin menyerah diri dan menunjuk bukti bahawa diri saya sungguh malas dan sering tido di tempat kerja. jadi silalah pecat saya bos. 

wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warah matullahi wabarakatuh =)

STRONG. STRONG. STRONG

28 February 2010

cinta | peperangan..

ad 1 kenyataan..

cinta mewujudkan peperangan..

BUDUH TAHU..
STRONG. STRONG. STRONG

12 February 2010

S.A.Y.A.B.E.R.A.D.A.D.I.R.U.M.A.H


yey..cuti cuti malaysia naa..harus riak yeq..oho..
so, sampai uma of coz terus terjun katel..wawawawa..yey!

1 jam

2 jam

3 jam

pak rawan berkate kpd mak siti,
"hidup lagi qer da mati anak kite neh.."

ihi..kasar lawak..huhuhu..penat tao..


STRONG. STRONG. STRONG

23 January 2010

ada orang suka menulis..tapi saya suka menaip



keletak keletuk keletak keletuk

di sini ada cerita. ada luahan perasaan. ada emosi. ada pengajaran. ada kekacauan. dan ada macam macam. sempena mood baik dan cuaca baik, saya perkenalkan feeldelight kepada anda. terimakasih kerana membaca. 

buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan 
saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan
ohoi

STRONG. STRONG. STRONG