Nuffnang Ads

03 July 2017

Childbirth Moments

Assalamualaikum sahabat sahabat positif,

Alhamdulillah. 11 Mei lepas, I dah selamat lahirkan bayi lelaki secara normal dengan jayanya. ahahaha. syukurr. dah lama terfikir nak kongsi pengalaman bersalin ni tapi sebab masih lagi dalam pantang, so I postpone la dulu. sekarang ni rasa dah merdeka !! so alang alang dah on laptop terus je la update selagi masih ingat detik detik berharga itu ahahaha.

25 Mei 2017 (8.00 am)
haritu dah 36 minggu pregnant ada check up kat kk. pagi pagi beratur amik nombor dah rasa dah perut memulas nak berakk. so tahan je lah. pas dapat je nombor tetiba hilang pulak rasa memulas tu. ahahah kau main main ye? dalam setengah jam gitu dah masuk bilik nurse. nurse check perut semua ok then tunggu luar jap. nanti masuk bilik Dr pulak. kenapa kena masuk bilik Dr? sebab I ada gdm. gdm tu kencing manis hahaha. harap harap gdm masa pregnant je lah. pas delivery mintak mintak gula dalam darah stabil. xnak la muda muda dah kena kencing manisss. haruuu makk. selesai je check up, naik tingkat 2 pulak pegi check gigi. masa ni dah terlambat nak check ahaha nurse pun dah bising bising. dia kata nati takut masa pantang sakit gigi laa itu la ini laa. hmm dengar je lah. klinik gigi ni punya lah kecik. duduk kat situ siap leh tukar tukar seat kot sebab xselesa punya pasal. pastu perut memulas lagi. pegi toilet xde membuang pun. dah rimas dah dengan sakit ni. kebetulan kawan baik mesej, terus cakap dengan dia "aku rasa memulas lah, salah makan kot". dia tanya sakit macam mana? kerap tak? sakit memulas ni macam sakit senggugut je tapi 2 x ganda sakitnya. kawan I cakap tu contraction! terus cuak. haa? dah nak bersalin ke? cepat cepat bukak apps contraction timer. bila record je, alhamdulillah xkerap. maksudnya tu cuma false contraction sebab sakit tu xkerap. tapi bila sakit tu datang, sakitnyaaa sampai rasa nak gigit tiang. sakit sangat!

2 Mei 2017 (10.15 am)
masa ni I otw g UTHM sebab ada progress presentation. adik I teman, dia yang drive. masa ni dah 38 minggu. hahaha berani gila pergi sana siap bawak beg baju dengan beg baby sekali. buku pink jangan dilupakan huhuhu. pape pun tawakal je lah kalau terberanak kat batu pahat nanti. sepanjang jalan doa biar dipermudahkan. masa present baby ligat sangat sampai senget benget perut I, leh bayangkan tak senget camne? ahahaha

11 Mei 2017 (3.45 am)
dah genap 39 minggu. hari tu hari Khamis. Isnin sebelumnya I ada jumpa pakar. Dr advise/paksa I admit wad 12hb if belum bersalin. sebab I ada gdm so case gdm ni pesakit xboleh overdue. 13hb tu memang dah kena bersalin. btw, edd I memang 13 Mei. whatever yang berlaku, mereka akan paksa bersalin jugak. if xde jalan, kena caesar. huhuhu seramm. tapi dah redhaa dah if kena induce ke, kena caesar ke. janji baby selamat. tapi pagi tu masa tengah tidur, I batuk batuk (minggu tu tetibe kena batuk berkahak). setiap masa batuk. nafas pun jadi pendek. bila batuk batuk, I perasan yang I terkencing so terus pergi toilet nak tukar panty. kat toilet tengok ada lendir putih pekat. bukan keputihan tau dia macam mukus pastu ada darah sikit tapi sikit je. teringat nurse pesan kalau keluar darah tu, dah memang tanda tanda nak bersalin. I pun keluar toilet, baring balik dalam bilik. nak tunggu dulu ada contraction ke tak. haaa tibe tibe contraction datang. I pun bukak apps contraction timer. record la setiap kali rasa sakit sekali apps tu warning "ready to be hospitalized" ahahaha nak gelak pun ada. cepat cepat kejut husband cakap dah nak beranak kot sebab dah keluar darah pastu apps ni dah suh g hospital. husband blur, dia cakap ok pegi mandi pastu nanti kejut dia lak sebab dia nak tidur kejap kumpul tenaga. erk? ok I pun kuar bilik kebetulan mak pun bangun jugak. bagitau lah mak yang kita dah keluar darah. mak I terus buatkan sarapan, packing kan air zam zam, air selusuh, air masak, air rebusan akar kacip fatimah pun adoo. ehh xtau la nak minum yang mana 1. 

11 Mei 2017 (6.00 am)
husband drop kan kat depan emergency, dia pegi park kereta. I keluar je kereta ada guard perempuan tu tanya "nak bersalin eh? masuk dewan bersalin, tingkat 4 kat atas" ahahha dah biase la tu tengok mak buyung datang hospital pepagi. clear betul arahan dia. ok kitorang laki bini naik tingkat 4. kuar je lif terus nampak bilik saringan. bagi buku pink, sijil nikah, ic bla bla bla. nurse suruh masuk bilik. masa tu berdebar debar sebab tau daaa mesti kena seluk. kawan baik I cakap, dia trauma nak bersalin lagi sbb xtahan sakit kena selukk. seram nyerr huhuu. tapi ada baca kat internet pasal tips untuk kawal rasa sakit kena seluk tu. 5 minit kemudian nurse datang, dia suruh bukak panty, pastu baring dan kangkang. masa kena SELUK memang TAK SAKIT ok! serius xtipu hahaha. ok tips dia, masa kena seluk tu jangan keraskan badan. lembutkan je kaki dengan otot otot. pastu mata pandang tempat lain sesambil bawa fikiran korang jauh jauh. maksudnya korang berangan la pape pun. masa tu I pandang lampu then terus fikir lepas pantang nati nak makan ni, nak makan tu bla bla bla.. tetibe nurse cakap dah 3.5 cm puan, dah boleh masuk LR. haa? wahhh alamak tetibe berdebar debar. rasa takut nak beranak pulak hahaha. lepas tu dah kena salin baju hospital

11 Mei 2017 (7.00 am)
keluar bilik saringan jap jumpa husband sebab nak cakap bukaan dah 3.5cm. rilex je dia cehh pastu dia suh I duduk dulu tapi I pegi jenjalan sana sini biar bukaan makin cepat hahah. dia duduk je kat kerusi tapi muka dia hmmm kau pun cuak kan bang? hahaha. xsampai 10 minit, nurse panggil suh masuk balik dan tunggu kat dalam bilik saringan. duduk rest kat situ jap siap mintak air sikit sebab tekak kering. dari tadi batuk batuk. ada athma pulak tu. so far nurse kat HSI baik baik belaka. xlama lepas tu, nurse bawak pergi LR. kat sana nurse pakaikan alat ctg kat perut. so far jantung baby ok. tapi sebab I batuk batuk, graf contraction jadi xcantik padahal bacaan contraction rendah lagi. Dr datang, tanya dalam 10 minit tu berapa kali rasa contraction. I cakap 2x je. then dia kata ok tunggu sampai 4x dalam 10 minit. tapi Dr sempat pecahkan air ketuban. guna tips seluk. xsakit dan boleh tahan lagi. contraction tu yang xboleh tahan huhuhu

11 Mei 2017 (9.00 am)
Dr panggil husband suruh masuk. husband ingat, I dah nak beranak sebab ramai kawan kawan cakap, Dr panggil suami masuk masa isteri dah betul betul nak beranak je. so dia masuk duduk kat sebelah diam diam. Dr masukkan ubat kat tangan. dua dua belah kena cucuk. belah kanan ubat athma, belah kiri ubat utk gdm. xtau la apa nama tapi untuk stabilkan gula dalam darah. lepas tu husband tanya, macam mana nak tau contraction tu bebetul sakit tanda nak beranak? Dr cakap kalau bacaan contraction dalam 90 del tu kire betul betul dah sakit. bila tengok mesin tu ehh rendah je bacaan contraction. tu kire lum sakit sangat la kan. padahal I dah rasa nak gigit katil huhuhu. betul lah, penantian suatu penyeksaan!

11 Mei 2017 (10.30 am)
Jam depan mata ni, sebab tu ingat semua timing hahah. masa ni memang betul betul sakit. bacaan contraction dah naik. husband duk menjampi jampi kat sebelah sambil suapkan air zam zam. sakit contraction ni sakit sangat tau huhuhu. husband tolong kirakan setiap 10 minit tu bp kali sakit. time tu baru 3x. Dr tengok pastu suruh husband keluar jap. dia cakap "maaf ye Puan, saya nak seluk dan keluarkan air kencing." seluk tu dah kental tapi part Dr masukkan tiub untuk keluarkan air kencing memang pedihhh. tapi guna tips seluk. berangan jap pastu dah siap. air kencing keluar sajaaa je. Dr siap cakap kalau rasa nak kencing ke nak berak, keluarkan je. nati saya bersihkan. eh malu laaa hahaha. time tu bukaan dah 5cm. husband masuk duk menjampi jampi lagi hahhaa. lupa lak tanya, dia baca ayat ape tu erk sebab I rasa tenang jee setenang air di pantai hahaha

11 Mei 2017 (11.30 am)
dah sakit contraction gila gila tapi still 3x dalam 10 minit. Dr ada inject punggung, dia cakap tu painkiller tuk kurangkan sakit. tapi xkurang punn. tetibe ramai pulak masuk lam LR ni. ada sorang Dr pakar tu masuk. dia cakap dia tolong luaskan bukaan so dia seluk lagi. asik kena selukk je. ok 5 cm jugak. inshaaAllah dia jangka dalam kol 4 ptg beranak. 4 ptg okeyy. lama tu Ya Allah I dah sakit huhuhu. rasa nak menangis ni tapi tahan je sebab segan dengan ramai ramai Dr yang datang. pas Dr tu semua keluar, I dengar kat bilik sebelah bising bising. Dr I pun keluar jugak. rupanya patient sebelah nak beranak dah. so dorang datang support. amboi macam pasukan sorak. pastu baru teringat belum mintak maaf dengan husband ahaaha. baru cakap "abang, fil nak mintak maaf..." husband I cakap xde pape. semua ok. abang xpenah ada amik hati ape ape, hahaha yela tu. lepas cakap camtu contraction terus 4x dalam 10 minit. ok I ade salah pape lah tu dengan suami sebab tu dari tadi xbersalin lagi ekekeke

11 Mei 2017 (12.00 pm)
Dr cakap sebenarnya kalau rasa nak berak tu maksudnya awak nak bersalin. I tengok je jam sampai lah pukul 12.30 pm. tiba tiba I terjerit "saya rasa nak berakkk!" Dr terus amik semua alat pastu panggil ramai Dr practical masuk. xingat la dorang discuss apa tapi Dr yang nak sambut baby I tu da letak kerusi dia depan kaki I. dah suruh kangkang okeh. "Puan kalau nak berak push je sebab dah nampak kepala baby" ehh terkejut husband I. Dr siap suh husband tengok sendiri sebab I macam xpercaya. xrasa apa sangat cuma rasa contraction je! bila husband tengok, dia tunjuk thumbs up je. ehh macam xde perasaan je kau ni. then tiba tiba rasa nak berak sangat sangat and dengar Dr cakap push push push sampai dekat setengah jam!!

11 Mei 2017 (1.30 pm)
malangnya xberjaya push. berpeluh peluh walaupun LR tu sejukk. Dr cakap kalau rasa betul betul sakit, angkat badan sampai perut. mata jangan pejam. tengok perut. pegang kaki. jangan angkat punggung. tu semua dah baca dah study awal awal tapi bila tengah sakit, semua benda xdapat buat. penat je study pasal cara pernafasan masa meneran. lupa teruih. time ni ada sorang Dr lelaki datang, dia diri sebelah husband I. dia suruh husband ampu badan I, tinggikan sikit pastu nati tolong bagi semangat masa I nak push. masa ni I batuk kuat pulak. sampai rasa nak nangis sebab takut masa push xcukup nafas. dah rasa lemah sangat. bukan xlarat nak tanggung sakit bersalin tapi batuk batuk ni yang spoil tau. nurse siap cakap "kesian dia Dr, batuk tu ganggu dia. macam mana?" Dr cakap I boleh bersalin normal sbb ctg ok. dalam 10 minit dah sakit lagi. push push push lagi. sampai dengar bebudak practical tu pun sebut push push banyak kali. siap dengar dorang support "Boleh Puan! Boleh! Boleh!" yelaa aku tau malaysia boleh

11 Mei 2017 (2.00 pm)
Sempat tengok jam walaupun mata dah berair. xpasti lah nangis ke apa. time tu memang semua orang bagi semangat so terus berkobar kobar jerit "saya dah ready nak push!" tapi serius lah, push ni paling susah nak buat sebab nafas I xcukup. dengar Dr cakap "alamak dia xpandai push la" "alamak nafas dia pendek la" "tolong panggil nurse foo". then yang Dr lelaki tadi pulak "Puan, Puan kena push habis habis, nati baby xbernafas kalau lama sangat" "Puan, saya nati tolong tolak perut Puan. Kita buat sama sama". husband I pulak "lek lek, lagi sikit je tu. kesian baby nak keluar dah tu. push kuat kuat" datang je sakit yang supersakit terus push kuat kuat ehh I dengar zapp Dr gunting bawah tu. tapi baby xkeluar jgk. tiba tiba ada nurse belah kanan I. sempat tegok nametag dia. dialah nurse foo yang Dr suh panggil tadi. dia bukak je mulut "Puan, dengar arahan saya!" ok garangnyaaa. so xsampai 5 minit, berkat suara dia suruh Push Push Push aik tibe tibe dah bersalin. Allah sebaknya dengar suara baby menangis dan hilang semua sakit! ehe tq lah nurse. nurse ni I rasa otai tau. suara dia memang tegas sampai I boleh ikut setiap arahan dia. dia yang angkat baby "Puan, tengok sini. apa jantina anak Puan?" walaupun tengah penat giler tapi lega sangat bila dapat jawab "lelaki" then dia letak baby kat dada I. skin to skin. dengar dia cakap "baby lahir 2.26 petang". Alhamdulillah 

then lepas tu, part paling ngeri. kena JAHIT !! sebenarnya jangan risau. sebelum jahit, Dr bius dulu la. tapi sebelum tu Dr keluarkan uri. masa keluarkan uri memang rasa cam kena godeh godeh je kat bawah tu tapi jangan risau. korang xkan rasa sakit pun sebab korang dah penat. rasa macam baru pas kena kejar anjing 1 taman. masa push tu I kena gunting belah kanan tapi belah kiri pun terkoyak uhuhu sadis. Dr cakap sebab angkat punggung sikit huhuhu. apa yang ngeri ialah bius tu untuk part jahit belah dalam je. part jahit kulit luar, Dr JAHIT HIDUP HIDUP. Allahu leh rasa benang tu ditarikk tarikk tapi kannn, percayalah cakap I. semua tu xsakit sangat sebab dah penat kan so tidur lagi bagus. tidur bangun tidur bangun still jahit xsiap siap. rasanya dekat sejam lebih baru settle semua then Dr pelatih yang pindahkan I kat katil sorong. kemudian sorong masuk wad. dorang is so polite. siap ucap tahniah lagi. so saya bagi 5 bintang untuk servis HSI!!

aihh patut laa I kena kencing manisss
ahahaha TQ husband

itu je lah pengalaman bersalin. rasa sakit ni berbeza beza. sakit tak sakit tu semua rezeki dari Allah. banyak banyakkan berdoa. inshaaAllah dipermudahkan ye. aminn


STRONG. STRONG. STRONG

28 April 2017

Menghitung Hari

Assalamualaikum readers,

Dekat 2 bulan jugak ni x update blog. Busy siapkan full thesis. maklumlah xhabis study lagi huhuhu sadis tau. patut la orang cakap, writing la paling susah sekali nak buat. asal taip je delete. pastu bila dah submit, kena rewriting lagi. nasib baik berjaya settle kan sampai 3rd draft je. lau sampai 10th draft, hmmm matilanakk.


me in 31 weeks
now dah 38 weeks
dup dap dup dap

okeh bila cakap pasal menghitung hari. Ada 2, 1st menghitung hari nak present progress research. act I sempat siapkan full thesis. patut boleh terus ke pre viva tapi disebabkan I xmampu nak ulang alik pergi U, I submit untuk progress je. Tapi SV I suruh doa banyak banyak, mana tau my panels baik hati nak tolong. cuba nasib je la. asalkan I present semua bab sampai habis. 2nd, menghitung hari nak bersalin. hahaha yang ni I lagi la nervous. 1st edd 30/4/2017. 2nd edd 13/5/2017. harini 28/4 kan, actually dah rasa FALSE CONTRACTION ! Ya Allah sakitnya hanya Tuhan yang tahu. nasib baik xkerap sangat. kalau kerap tu maknanya apa kawan kawan?? dah nak meletop la kan?? hahaha tapi I tahan je. sebab nak present punya pasal. tau x tarikh presentation I hari Selase depan? 2/5/2017. hahaha macam mana ni? puas pujuk baby, jangan keluar dulu. If I tangguh lagi susah I nak bagi komitmen. tapi kalau dah takdir terberanak dulu xpela. Redha dan bersyukur


Orang cakap, baby leh dengar cakap mummy dia. So kena la pujuk pujuk baby. Duduk la dalam tu dulu ye. Bagi la mummy present. Huhuhu. Mummy nak bawak awak pergi convo bulan 10 ni. Deal?


STRONG. STRONG. STRONG

22 February 2017

Resipi : Udang Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum sahabat-sahabat positif,


Harini uols masak apa? Heheheh. I pukul 3 baru siap masak ekekeke. Sebab bila duk sorang kat rumah ni, leka tengok tv manjang. Harini I masak udang lemak cili api. Ni pun kira 1st time sejak kahwin masak resipi ni hahaha. sebab I laki bini xboleh sangat sentuh seafood. kadang kadang boleh laa. lagipun asik masak ayam je. bosan terukk. udang kan ngam kalau masak dengan lemak cili api. merecikkk


maaf buk, gambar xsemenggah
panass duk dapur lelama

Udang Masak Lemak Cili Api (2-3 orang makan)

Bahan tumbuk:
2 inci kunyit hidup
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4-5 tangkai cili api (hijau/merah)

Bahan lain:
Udang - basuh bersih bersih, buang muncung tajam
2 biji kentang potong sederhana kecil
1/2 kotak santan 
sehelai daun kunyit
sedikit asam keping 
sebatang serai (dititik)

Cara memasak:

  • Tumis bahan tumbuk dan serai sehingga naik bau
  • Masukkan santan kotak yang telah dibancuh dengan semangkuk air (lepas tu tambah lagi air ikut kesesuaian)
  • Kacau sehingga masak dan mendidih (lepas tu boleh slowkan api untuk elak santan pecah)
  • Masukkan kentang dan udang bersama asam keping
  • Perasakan dengan garam, gula dan pak aji. If guna secukup rasa/tumix, xperlu la guna pak aji. banyak MSG nanti rambut botaakk hehehe
  • Akhir sekali, tabur daun kunyit (I gunting halus halus)

Ok done !

Jangan lupa masak nasi dan sayurrr. Barulah hidangan lengkap hehehe. 


STRONG. STRONG. STRONG

13 February 2017

Review : Shampoo Santan by My Home Lab

Assalamualaikum readers,

Siapa paling sukaaaa guna produk tradisional ? Produk tradisional ni dah tentu berasaskan bahan organik. orang kampung memang terer pasal semua bahan bahan semulajadi ni. dan mereka memang tersangatlah bijak dalam mengolah bahan bahan ni untuk kegunaan harian. oleh sebab bahan organik ni lebih bagus dan tiada campuran kimia, ramai founder dah mula cipta macam macam produk antaranya yang menjadi viral 2017 ni iaitu SHAMPOO SANTAN. nama pun santan, dah tentu 100% organik. 

Shampoo Santan by My Home Lab

shampoo ni jangan lah Uols fikir baunya memang santan. hahaha. bahan utama dia je santan tapi dicampur dengan beberapa bahan lain termasuk yang menjadikannya berbau wangi. shampoo ni bau oren ye kakak kakak dan abang abang sekalian.

Fresh & Natural
handmade with love lagi

4 bahan penting dalam Shampoo Santan ni ialah santan asli, minyak kelapa, minyak oren & minyak rosemary. Semua bahan yang diletakkan dalam shampoo ni mempunyai peranan masing masing. Meh I cerita sikit ye

Santan Kelapa
+menyuburkan kulit kepala dan rambut
+mengawal minyak berlebihan
+mengelakkan botak dan rambut beruban



I pasti ramai yg tau khasiat santan kan. santan ni melembabkan dan melebatkan rambut. Hitam bersinar gitu. Orang dulu pun tepek santan je kat rambut xpercaya pegi tanya mak tok atau tok wan korang hihi

Coconut Oil (Minyak Kelapa)
+menguatkan serta melembutkan rambut
+melawan kelemumur dan rambut bercabang


Minyak kelapa ni molekul dia halus so mudah serap hingga ke akar rambut. secara tak langusung dapat menghilangkn kelemumur n gatal gatal kat kepala tu. ni perempuan bertudung selalu ada masalah gatal gatal macam I. dah macam hape dah. sampai rasa nak botakkan kepala je adehh. 

Sweet Orange Essential Oil
+melegakan kegatalan kulit kepala
+merangsang pertumbuhan rambut
+bau yang segar


Minyak oren ni pulak selain melegakan kegatalan, ia laa punca shampoo ni berbau oren ekekeke. terapi bau lah katakan. kang kalau shampoo ni betul betul bau santan, orang xmau lak. so minyak ni menjadikannya berbau segarr macam shampoo shampoo lain.

Rosemary Essential Oil
+mengelakkan keguguran rambut
+merawat kelemumur serta kulit kepala kering


Minyak Rosemary ni pulak bersifat antioksida dan anti mikroba (google la ye) yang boleh merawat masalah kulit kepala macam kelemumur, rambut gugur dan kulit kering. Boleh tebalkan rambut dan menggalakkn pertumbuhan rambut jugak.

cara penggunaan
alaa macam guna shampoo biasa je. picit sikit, gomol gomol kat kepala pastu bilas
jangan lah uols expect shampoo ni pakai pakai je terus kering sendiri kekeke

I memang jenis suka produk buatan Malaysia. dulu pernah guna d'herbs kot. ahahaha. nak lebatkan rambut yang banyak gugur. sekali sikat je bergumpal gumpal sampai roomate sound "orang lam bilik ni semua kena leukimia ke?" bahaha sejenis kurang ajar tu. xberapa menjadi kat rambut I. so nampaknya kita kena mencuba shampoo santan ni

RM 29.00 sebotol
exc. postage
tahan kegunaan hingga 2 bulan

mana nak dapat shampoo ni?

boleh tengok instagram

atau contact 0137152519 (En. Is)
nak jadi agent/dropship pun boleh
sila sila jana pendapatan sampingan
inshaaAllah rezeki Allah tu luas


STRONG. STRONG. STRONG