Assalamualaikum.
Hi, siapa pernah join program IMKK Dr Azizan Osman? How's your life after that?
Nak throwback cerita tahun lepas selepas baca some blog yang share tentang pengalaman mereka join program ni. Saya join program ni tahun lepas, IMKK Mei 2015 (29 April - 3 Mei). IMKK ni Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan. First, saya expect yang program ni pasal bussiness semata mata. Yela orang kiri kanan saya yang bersesak sesak nak masuk tu kalau ada masa senggang je mesti dorang sembang kencang pasal buat produk ni, jual produk tu, networking la bla bla bla. i datang bawak jiwa raga je tau hahaha.
macam mana saya boleh join program ni? sebab tunang saya (sekarang dah jadi suami) yang ajak. dia pulak diajak oleh Siddiq. Siddiq ni kawan 1 office dia yang sambil kerja sambil berbisnes. Kerana daku tunang yang setiaaaa, daku ikut sajaaa. apa misi dan visi pegi situ pun daku xtauu. sampai laa last minute tanya, "Dr. Azizan Osman tu sape? Doktor apa?" Astagfirullahalazim. soalan gini boleh dikira soalan kategori budak gagal dalam hidup.
Dr. Azizan Osman ni Penulis, Usahawan dan jugak Pakar Pembangunan Usahawan & Pemasaran. Nak tahu lebih lanjut boleh klik sini. 4 hari join program ni rupanya sangat bermakna. Dr Azizan bukan je share tentang perniagaan semata mata. Dia siap tolong kita bersihkan kolam hati. siapa yang pernah join mesti tau apa tu kolam hati. umpama macam kita gali semula kekotoran yang beranak pinak dalam jiwa kita ni. sebelum nak berjaya kenalah pastikan hati kita bersih dari segala dendam, marah, hasad dan macam macam la. masa start part kolam hati tu, memang ramai yang menangis mendayu dayu Ya ampun macam tengah menyaksikan lautan manusia menangis. yang pergi laki bini siap cari laki dia kat tengah tengah orang ramai. mintak ampun mintak restu, mintak halal dan semua tu lah. saya? sebak jugak. mungkin saya jenis kental dalam. atau xde kesedaran lagi. huhuhu. adik saya (ikut jugak) kat sebelah pun dah mula pandang memandang. eh kau kenapa xmenangis? huhuhu
Ni dia Dr. Azizan Osman yang mula mula aku sebok
tanya dia ni Doktor kat hospital mana. adehhh

mungkin kitorang ni menangis bila bergaduh je. huhuhu. xpun sebab terkejut, xbiasa, xsangka jiwa raga dan hati nurani leh terobek sampai macam ni. tapi sebenarnya tersentap sangat. mula tau kesalahan diri tu apa. pakkal je malu nak menangis depan orang yang tak dikenali. saya banyak diam dan muhasabah diri lah sambil dok tanya dalam pale adakah aku ni insan yang tahu menyedarkan diri sendiri bagaimana. huhuhu
Selain tu, ada part rohani, persepsi diri, financial planning, set goals dan macam macam. semua tu sangat membantu kita dan bukak minda luas luas. Dr Azizan share ilmu ok. bukan setakat sedarkan kita untuk berjaya, malah untuk jadi kaya sekali. sebab tu tagline dia "anda kaya dan berjaya!". bagitau orang sebelah kiri kanan. kata kata kan suatu doa. hehehe.
paling saya suka..bila berkenalan dengan usahawan usahawan kat situ. bayangkan lahh, mereka semua ada yang dah berjaya tetapi kenapa still datang program ni? of course lah ilmu yang Dr Azizan beri tu sangat bermanfaat. buat dorang masih setia join dan share dengan orang ramai. kagum! tersangat kagum. lebih lebih lagi 97% ialah orang melayu kita. Alhamdulillah. mentality kita kan selalu sangat anggap yang bidang perniagaan ni kepakaran orang cina je. sekarang, orang melayu pun dah mula meletup letup buat bisnes.
jadi, saya nak ajak awak semua cubalah join program ni. ada sesuatu yang boleh bukak minda awak. inshaaAllah amin. lepas join tu, saya terus ada rasa nak berbussiness. benda pertama saya buat nak tau x apa ? saya buat headband dengan headchain je. homemade ok. simple jee. tapi masa tu xreti nak buat marketing kat social network so kebetulan sepupu jenis bukak gerai jual barang ngan join vendor kat butik butik, saya pun cuba nasib. 1 hari je jual headband dapatlah untung dalam rm 200. hoii mana nak dapat 200 tu kakk? headband tu pun jual xsmp berbelas ringgit. tu pun cuba nasib je tau. tapi Alhamdulillah rezeki Allah nak bukak. tapi lepas tu, tunang saya suruh tolong jual kasut je. at least saya dah cuba. saya da seronok. awak bila lagi? kalau minat kenalah cari ilmu. kan?
last day. bergambar dengan family siddiq dan adik saya
tunang tukang amik gambar
sekarang, Siddiq dah ada kilang sendiri. Bussiness pun berkembang baju. Alhamdulillah. Kami? masih berusaha. tak salah berniaga. 9/10 rezeki tu kan datang dari urusan jual beli. Selamat berjaya kawan kawan.