Nuffnang Ads

22 February 2017

Resipi : Udang Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum sahabat-sahabat positif,


Harini uols masak apa? Heheheh. I pukul 3 baru siap masak ekekeke. Sebab bila duk sorang kat rumah ni, leka tengok tv manjang. Harini I masak udang lemak cili api. Ni pun kira 1st time sejak kahwin masak resipi ni hahaha. sebab I laki bini xboleh sangat sentuh seafood. kadang kadang boleh laa. lagipun asik masak ayam je. bosan terukk. udang kan ngam kalau masak dengan lemak cili api. merecikkk


maaf buk, gambar xsemenggah
panass duk dapur lelama

Udang Masak Lemak Cili Api (2-3 orang makan)

Bahan tumbuk:
2 inci kunyit hidup
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4-5 tangkai cili api (hijau/merah)

Bahan lain:
Udang - basuh bersih bersih, buang muncung tajam
2 biji kentang potong sederhana kecil
1/2 kotak santan 
sehelai daun kunyit
sedikit asam keping 
sebatang serai (dititik)

Cara memasak:

  • Tumis bahan tumbuk dan serai sehingga naik bau
  • Masukkan santan kotak yang telah dibancuh dengan semangkuk air (lepas tu tambah lagi air ikut kesesuaian)
  • Kacau sehingga masak dan mendidih (lepas tu boleh slowkan api untuk elak santan pecah)
  • Masukkan kentang dan udang bersama asam keping
  • Perasakan dengan garam, gula dan pak aji. If guna secukup rasa/tumix, xperlu la guna pak aji. banyak MSG nanti rambut botaakk hehehe
  • Akhir sekali, tabur daun kunyit (I gunting halus halus)

Ok done !

Jangan lupa masak nasi dan sayurrr. Barulah hidangan lengkap hehehe. 


STRONG. STRONG. STRONG

13 February 2017

Review : Shampoo Santan by My Home Lab

Assalamualaikum readers,

Siapa paling sukaaaa guna produk tradisional ? Produk tradisional ni dah tentu berasaskan bahan organik. orang kampung memang terer pasal semua bahan bahan semulajadi ni. dan mereka memang tersangatlah bijak dalam mengolah bahan bahan ni untuk kegunaan harian. oleh sebab bahan organik ni lebih bagus dan tiada campuran kimia, ramai founder dah mula cipta macam macam produk antaranya yang menjadi viral 2017 ni iaitu SHAMPOO SANTAN. nama pun santan, dah tentu 100% organik. 

Shampoo Santan by My Home Lab

shampoo ni jangan lah Uols fikir baunya memang santan. hahaha. bahan utama dia je santan tapi dicampur dengan beberapa bahan lain termasuk yang menjadikannya berbau wangi. shampoo ni bau oren ye kakak kakak dan abang abang sekalian.

Fresh & Natural
handmade with love lagi

4 bahan penting dalam Shampoo Santan ni ialah santan asli, minyak kelapa, minyak oren & minyak rosemary. Semua bahan yang diletakkan dalam shampoo ni mempunyai peranan masing masing. Meh I cerita sikit ye

Santan Kelapa
+menyuburkan kulit kepala dan rambut
+mengawal minyak berlebihan
+mengelakkan botak dan rambut beruban



I pasti ramai yg tau khasiat santan kan. santan ni melembabkan dan melebatkan rambut. Hitam bersinar gitu. Orang dulu pun tepek santan je kat rambut xpercaya pegi tanya mak tok atau tok wan korang hihi

Coconut Oil (Minyak Kelapa)
+menguatkan serta melembutkan rambut
+melawan kelemumur dan rambut bercabang


Minyak kelapa ni molekul dia halus so mudah serap hingga ke akar rambut. secara tak langusung dapat menghilangkn kelemumur n gatal gatal kat kepala tu. ni perempuan bertudung selalu ada masalah gatal gatal macam I. dah macam hape dah. sampai rasa nak botakkan kepala je adehh. 

Sweet Orange Essential Oil
+melegakan kegatalan kulit kepala
+merangsang pertumbuhan rambut
+bau yang segar


Minyak oren ni pulak selain melegakan kegatalan, ia laa punca shampoo ni berbau oren ekekeke. terapi bau lah katakan. kang kalau shampoo ni betul betul bau santan, orang xmau lak. so minyak ni menjadikannya berbau segarr macam shampoo shampoo lain.

Rosemary Essential Oil
+mengelakkan keguguran rambut
+merawat kelemumur serta kulit kepala kering


Minyak Rosemary ni pulak bersifat antioksida dan anti mikroba (google la ye) yang boleh merawat masalah kulit kepala macam kelemumur, rambut gugur dan kulit kering. Boleh tebalkan rambut dan menggalakkn pertumbuhan rambut jugak.

cara penggunaan
alaa macam guna shampoo biasa je. picit sikit, gomol gomol kat kepala pastu bilas
jangan lah uols expect shampoo ni pakai pakai je terus kering sendiri kekeke

I memang jenis suka produk buatan Malaysia. dulu pernah guna d'herbs kot. ahahaha. nak lebatkan rambut yang banyak gugur. sekali sikat je bergumpal gumpal sampai roomate sound "orang lam bilik ni semua kena leukimia ke?" bahaha sejenis kurang ajar tu. xberapa menjadi kat rambut I. so nampaknya kita kena mencuba shampoo santan ni

RM 29.00 sebotol
exc. postage
tahan kegunaan hingga 2 bulan

mana nak dapat shampoo ni?

boleh tengok instagram

atau contact 0137152519 (En. Is)
nak jadi agent/dropship pun boleh
sila sila jana pendapatan sampingan
inshaaAllah rezeki Allah tu luas


STRONG. STRONG. STRONG

05 February 2017

ini selamanya menjadi masalah bagi seorang perempuan

Assalamualaikum ladies,

ini masalah dari kecil sampai besar

dari bujang sampai berumahtangga

dari hidup sampai meninggal agaknya

bila

bak kata suami
GOBOK KAU DAH NAK RUNTUH OIIII
pun cakap xde baju

sekian daripada seorang isteri yang sentiasa bersyukurrr =P

STRONG. STRONG. STRONG