Nuffnang Ads

25 September 2011

starting school =)

hye assalamualaikum =)


pernah tak masuk dalam kelas yang semua pelajarnya diam je. xde respon langsung bila lecture mengajar ? selalu kan. buleh bayang tak macam mane situasi tersebut ?

bosan

mengantuk

rasa menyesal

macam nak minum teh tarik

nak pegi tandas pastuh duduk lama lama atas toilet bowl

cenderung men mesej ngan pakwe/makwe

kan ? setuju kan ?

pastu mesti lect korang bengang tahap petala kelapan ! tuh kalau lect bersifat garang la. tapi lau lect korang sopan. baik. suci je muka. mesti beliau tacing =( lalu beliau pun bertanya

kenape dari tadi . . . kelas ni senyap je ?

dan jawapan paling xberdosa ialah

anda sopan. kami malu

saya rasa lect xmarah lau korang jawab macam neh. sekian =)


STRONG. STRONG. STRONG

20 September 2011

sekali TERLUKA. selamanya TERASA

ayat ni saya copy paste dari facebook kawan je =P

ok meh dengar lagu neh
best best


tanya sama pokok kenapa bergoyang ?
nanti pokok bilang ada monyet yang goncang
monyet monyet
 cis !

xpela. cakap 'xpela' tuh mcm pujuk hati sendiri. kalau bukan kita yang pujuk hati sendiri, siapa yang nak tolong pujukkan ? k have a nice day =)


STRONG. STRONG. STRONG

17 September 2011

masalah je memanjang


. . . seorang perempuan yang kuat tersenyum mengeluh . . .

orang cakap. bila kita berdoa, bila kita berusaha, juga bila kita berikhtiar, disamping kita bertawakal . . . everythings gonna be alright. 

bangga ? tidak lah

menyesal ? sedikit je

bersyukur ? sepatutnya !

STRONG. STRONG. STRONG

09 September 2011

nilai mas kahwin negeri korang berape hinggit ? ?


bakal isteri ingin bakal suaminya melafazkan

" aku terima nikahnya, Nurfilzah Bte Mohamad Rawan dengan mas kahwin RM 1000 tunai "

tetapi bakal isteri tidak ingin bakal suaminya merungut

" peh ! macam kawen ngan artis siakkkk ! ! "

hahaha. lalalala. fyi nilai mas kahwin negeri johor RM 22.50 sahaja. owh so sadd. hahaha k babai

STRONG. STRONG. STRONG

04 September 2011

saya suka bila kawan saya call dan saya menangis laju laju

sebab saya rindu lah ! saya sayang mereka. saya suka manja manja dengan mereka. saya suka usik mereka. saya suka kena marah dengan mereka. saya juga suka kena hempok laju laju dengan mereka. sehingga lah saya menempeleng kepale saya sekuat tiger demi untuk mengaku kalah. ish burok benar luahan perasaan neh

sejak 2 3 4 dan 5 menjak neh. buntunya. da benti keje kan. dah xde title bz woman. rasa mcm janggal je. bangun tido sukaty kol bape. on9 sepanjang masa pun xde spe nak marah. nak merambu ramba pun bile bile mase leh. makan apa saja pun peh ! nikmat sangat ! juga nak tengok tv sepanjang masa xde sape heran der. tv tuh bapak aku punya ! eh mmg la. tapi  kan. kan. kan. ini bosan ok 

kalau dulu bila bosan

selalu mempoya poyakan diri depan laptop lepas curik semua game lam baby asus. mak baby asus pon kadang kadang mabok men game. hahaha. mak baby asus sihatkah ? ? ada game baru ? ? lalalalala. 

jadi saya isytiharkan minggu ini sebagai minggu bermain game. matlamat adalah bermain game sampai pengsan. huh lagi sekali jadi manusia yang xberguna. hahahaha. babai


STRONG. STRONG. STRONG

03 September 2011

taufiq

selamat hari raya semua =)

btw. saya xnak cerita pasal hari raya. bukan xmeriah tapi kecoh sangat. dan yang saya nak cerita neh memang mengkecohkan seluruh keluarga dan sanak saudara saya. ia tentang kes penderaan kanak kanak. apa yang terlintas kat fikiran awak semua ? si pendera tiada sifat kemanusiaan ! 

berlaku pada sepupu saya. bukan dia mahupun isteri dia yang mendera. tapi si pengasuh. awak bayangkan laa anak dorang yang baru berusia 7 bulan, patah lengan dan siku. juga berlaku pedarahan kecil kat kepala. bayangkan juga macam mana anak kecil tuh didera ? kejam kan ? si pelaku lak xmengaku bersalah. ish syaiton betol. 

kesian la baby tuh masuk icu. terlantar kat hospital lebih kurang 3 minggu. and awak bayangkan laa usia macam tuh sebenarnya da mula belajar merangkak tapi lepas kejadian tuh, baby tuh mcm terencat sket. kesian sangat wak. saya yang melihat neh pun mengalir air mata. memang bukan anak saya tapi tentulah saya ada naluri seorang ibu kan. 

time raya aritu ramai yang pegang baby tuh. dukung. pelok. cium cium. emak saya agah laa. saje nak dengar baby tuh ketawe. lambai lambai kat dia. tapi mama dia tuh cakap mata dia xnampak. pendarahan tuh efek kat fungsi mata dia Ya Allah. kesiannya. maybe ambil masa 2 tahun nak sembuh. then perilaku dia memang mcm bayi baru lahir. sepatutnya da pandai meniarap, merangkak. tapi da leh buat pape. terbaring jeq kat tilam. 

mohamad taufiq bin juhandi
die kecik lagi. sangat comel kan

kadang terfikir gak. banyak buruknya kan lau hantar anak anak kat rumah pengasuh ? bayangkan la kau hantar anak kau sehat walafiat, time kau amik balik ? sana sini lebam. itu ok lagi. ada jugak kan yang meraung tengok jenazah anak mereka ? so sebelum nak hantar anak kat rumah pengasuh, amik tahu dulu laa hal ehwal perangai pengasuh tuh. latar belakang dia samada buleh dipercayai atau x. 

saya ada cakap ngan emak saya

hantar anak kat rumah mak lagi selamat kan ?

adik saya menyampuk

kau neh nak menyusahkan mak bapak lak

saya belum habis cakap

eh aku hantar dengan pengasuh sekali la. atau bibik ke. 
emak just jadi mem besar je. so pengasuh tuh xleh buat mcm2
buleh mak ? ?

adik saya menyampuk lagi

wah kalau camtuh aku hantar anak anak aku sekali la
kongsi pengasuh tak ape kan ? tapi kau yang bayar dia. leh kan ? kan ?

tidaakkkkk ! ! 


haa tuh lagi sorang. xde sifat keperimanusiaan. ish. well hati hati laa dengan sesiapa yang xada kena mengena dengan keluarga kita. xramai orang luar yang buleh dipercayai kan ? btw, doakan kesihatan mohamad taufiq k. 

STRONG. STRONG. STRONG