Nuffnang Ads

28 December 2012

berjuang !



bangga kejap sebab meja penuh dengan buku, calculator, alatulis, kertas, juicyfruit and eh eh ada papa roti ! hahahah. macam ni rupenye kalau nak final exam. nampak macam gigih sajee. harap harap usaha saya berbaloi. aminnnn

kepada kaum keluarga. maafkan kalau ada salah silap. halalkan makan minum, duit perbelanjaan, serta halalkan segala kerugian akibat kerosakan harta bende rumah yang saya buat ye =D

kepada kawan kawan. jangan putus asa. normal la tu kalau stress ! arghhh stress aku stress !  harap sem ni leh buat lagi baik dari sem lepas

kepada buah hati buah hati. jangan nak ajak dating jek !!!

k bai


STRONG. STRONG. STRONG

23 December 2012

Aturan Allah itu cantik

dalam kehidupan ni. kita xmampu nak dapat semua yang kita harap. kita kadang kadang xdapat apa yang orang lain dapat. tanpa sedar pulak, orang lain jugak xdapat apa yang kita dapat. hidup kena selalu bersykur. walaupun kau gagal dalam exam, tetap kena bersyukur tau. walaupun kecewa, sebenarnya kau sedang dilatih untuk bersabar dan bertabah. 

aturan Allah itu cantik. kita diberi kekecewaan dahulu, barulah diganti dengan kebahagiaan. saya percaya rezeki ada di mana mana. saya perlu motivasikan diri sendiri daripada saya duduk menangis macam orang bodoh disebabkan saya rasa, apa yang saya dapat xsetimpal dengan apa yang saya dah bagi. itu bukan jalannya ! 

bagi saya. contoh lah. saya xmacam orang tu. dia belajar sekali je terus faham dan mahir. saya kena belajar 2 3 kali baru faham. xpun lebih dari 2 3 kali baru mahir. tapi saya kena selalu fikir macam ni "kalau aku diberi kepandaian macam dia, aku takut nati aku riak atau takbur. sape tahu kan. elok aku bersyukur macam ni. kan" betul x kawan kawan ? the point is kita patut bersykur dengan kejadian diri sendiri. amin

STRONG. STRONG. STRONG

21 December 2012

partially saturated



syukran Ya Allah. akhirnya selesai jugak segala urusan saya seminggu ni. hari hari perit yang mesti dilalui sebagai seorang student di mana harus memikul tanggungjawab menyiapkan projek, presentation dan assignment yang ish ish ish, hari hari xcukup tido sebab prepare  slide laa, poster la, ape la. mula lah nak terfikir, napelah aku ni seorang student. kan elok jadi surirumahtangga, tunggu laki balik keje. kan. hahaha. 

seminggu ni memang xterurus ! lagi lagi bila siapkan projek tuk geofest ! semua nak cakap AKU DAH SATURATED, AKU PARTIALLY SATURATED. AKU NI HAA FULLY SATURATED. ahaha gila la jadi budak civil. lepas tu bila da kelam kabut, macam macam jadi. salah faham la. lupa itu la, lupa ini la. tuh la buat kerja last minute lagi. memang terbaik ! mendapat ! sedeh mak kalau tahu anak dia macam ni. hahaha. paling xboleh lupa, bila ada salah faham ngan orang sekeliling. biase lah sedangkan lidah lagi tergigitsekarang bila semua kerja da siap, kita kena laa senyummm. lega lega.


final is coming. berjuang laju laju cepaaaatt ! doakan saya ye maceh =)



STRONG. STRONG. STRONG

10 December 2012

2 cupcakes with lovequeen chocolate

owh melted . . .

but i force u to leave quickly because i have a lot things to finish up tonight !

bukan xmenghargai seseorang. dalam hidup kita kena hargai apa kebaikan yang orang beri pada kita. setuju x ? 

cupcakes - lambang kemanisan
lovequeen chocolate - lambang KEGEMUKAN !

haha malas lah nak jiwang. k bai





STRONG. STRONG. STRONG

18 November 2012

I want to be with someone who is actually afraid to lose me.


kawan baik dah pun bertunang
hehehe Ya Allah bersyukurnya

gembira sangat dapat pergi. alhamdulillah rumah dia kat simpang renggam
xjauh pun dari kolej saya.
teringat lak kata kata mak dia

fin dah. fia pulak tau. 
fia xde calon la
habis yang kat luar baju hijau tu sape ?
xtau xtau. hahaha

jodoh pertemuan di tangan Allah. saya gembira sangat dengan pertunangan kawan saya. sebab saya dapat lihat depan mata selama mana dorang berkawan. akhirnya. siapa xbahagia tengok kawan bahagia. 




STRONG. STRONG. STRONG

03 November 2012

buddiezz


azam baru. semangat baru. 
buang yang lama. fokus yang akan datang.

bahagia yang sempurna perlukan lagi sikit masa
okeh ?

STRONG. STRONG. STRONG

01 November 2012

08 October 2012

cinta hati saya

present


Kafeel Afeef bin Kamarul Affendi


ha ha ha


STRONG. STRONG. STRONG

03 August 2012

wira ingin dicintai atas kelemahannya, bukan kerana kehebatannya

fakta

awak akan memilih yang hebat. terbaik. sempurna

paradoks dari fakta

dia ingin awak memilihnya dengan melihat dan menerima kekurangannya sepenuh hati

nobody perfect in this big world. never expect that someday u'll find the really perfect soulmate. it can't be because the facts is 'nobody perfect'. 

but

someone makes u perfect by accept u as beauty as u are. vice versa =)

STRONG. STRONG. STRONG

29 July 2012

perlu untuk menghargai kejadian diri sendiri

Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?

JawabNya : Kerana wanita itu unik

AKU ciptakan ia sebagai
makhluk istimewa
AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya
AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman
AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia
AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah
AKU beri dia naluri untuk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun
AKU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman. walau disakiti oleh orang-orang yang ia sayangi

Wanita makhluk kuat. tetapi jika suatu saat dia menangis, itu kerana AKU beri dia air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

*AKU beri die naluri untuk mencintai anak anak dalam keadaan apapun. I will. Insyaallah

STRONG. STRONG. STRONG

20 July 2012

meatball

sempena nak menyambut ramadhan esok hari

alangkah sedapnya dapat berbuka dengan hidangan meatball ni !
ahahaha ni meatball IKEA. orang sebut camtu kan ?
first time makan memang la kat IKEA
tapi kat Singapore
sebab apa ?
JB ngan S'pore dokek eh
xperlu pergi jauh jauh. dapat jugak rase
hahaha sebenarnya xsengaja kot makan situ
ni semua pasal mak buyung mengidam nak makan meatball IKEA
pak buyung pon terpaksa la membazirkan duit g S'pore
ish2 anak buah aku kalau dah lahir nati mesti demand je kejenye
hahaha xsabar nak tunggu kakak beranak !
wow wow dah nak jadi makcik la betaaaa



STRONG. STRONG. STRONG

15 July 2012

jangan pisahkan . . . aku dan diaaaa

orang tanya saya

KENAPA KERJA KAT SITU ? 

saya jawab

SEBAB UNIFORM DIA KALER MERAH

stupid answer . . . hahaha tolong la sesiapa, kau jangan kahwin ngan aku. nati aku mintak set hantaran kaler merah serba satu !
STRONG. STRONG. STRONG

28 June 2012

di mana diaaaa.......buah hati sayaaaa.......

sikit kan jumlah entry saya ? hohoho. banyak sebenarnya. tapi da kena culik. hahaha tipu. sebenarnya da simpan. ada jugak yang saya xsengaja delete. sebab salah klik kan =( tak mengapalah. nasi dah terlebih air. perahu pulak xde gear reverse. pahe dok ?

kenapa simpan ? sebab ada entry yang xsepatutnya dibiarkan berleluasa di sini. bukan sebab mengandungi unsur unsur lucah. tapi sebab kadang kadang ada entry pasal kisah silam. kenangan silam. zaman purbakala. zaman dinosour. zaman berzaman lah yang memang xsepatutnya ada kat sini. demi menjaga hati sendiri dan kehidupan baru saya. hahahaha geli geli. tapi betul jugak kot. xkata pun kehidupan dulu teruk. xkata pun sad story. tapi ada la sikit sikit. bia simpan lam hati je. xnak simpan lam blog. kang kalau jodoh lalu lalang kat sini dah xmarket. hahaahah

saya suka kehidupan yang sekarang ni.

STRONG. STRONG. STRONG

i want to spend my lifetime loving youuu

dengan menggunakan sisa baki ptptn di dalam akaun
maka agak berfaedah la jika membeli buku
hahahahahaha

dulu nad yang start dulu baca buku karya hlovate ni
lama lama falling in love pulak
setiap penulis memang cara lah !
even novel ni da lama. tapi nak jugak beli


yang ni novel seram
da lama jugak. setiap kali pergi Harris selalu je nampak
tapi xbeli pun. mesti buku ni cakap saya kedekut
tapi arini dia dah amik hati saya lak
hohohoho

yang ni latest jugak
sebab nampak kat list
NOVEL TERLARIS
sinopsis dia macam best
lagipun saya suka sangat dengan tajuk dia
agak nak tukar jadi love you Mr Annoying
bahahahaha

saya suka ayat dari novel Hlovate CONTENGAN PENGALAMAN PERJALANAN CARI TUHAN =)


STRONG. STRONG. STRONG

26 June 2012

yeyyy ! da pandai



sempena musim menganggur ni
berjaya sediakan
PUDING ROTI KUAH KASTAD CHIPPPPSSSSS COKELAAATTT
hahahahah
kemain panjang nama
insyaallah nak buat

egg tart
kek pisang
cupcake
muffin
pai epal
dan sebagainyeee laaaah

nak ?
hambikkk
=D
ok bai



STRONG. STRONG. STRONG

25 June 2012

bangun ! bangun !

dah xprivate ! haha mengade kan. reasons kenapa saya privatekan blog

- saje je
- rest
- idea kering
- nak renovate kaler merah * xjadik pong. habukkkkk *
- sibuk study. hahaha tipu tipu 
- nak cari diri sendiri. hahaha kau tipu ke gilerr
- kecewa. putus cinta. eh tipu jugak ni. hahaha

dah. kepada yang sudi baca, owh terima kasih sayang. cuti sem ni nak carik balik kawan yang dulu dulu selalu komen secara menggila. haha. ok bai

STRONG. STRONG. STRONG

24 June 2012

that means . . . .



suka kau
suka dia 
dua dua sukaaaa
hahaha

STRONG. STRONG. STRONG

selamat bercuti fil

baru sampai JB. woaaaa. arghhhhhh. habis jugak 2 sem. ala baru 2 sem. ada lagi banyak sem. huhuhuhuhu. 2 sem pun banyak kenangan. betapa saya rindu sue ada kat sisi. alhamdulillah. tertunai jugak niat nak spent time together even kat bilek die je pun. awak bayangkan laa. sepanjang sem punya la bizi sampai xde mase pun nak jumpe. kalau terserempak pun sempat hai hai bai bai je. tapi syukur sangat dapat study hidro sama sama dengan dia. sayang sue sangat sangat !

before cuti, sempat buat BBQ ngan budak kelas kat Pantai Minyak Beku. owhhh awesome. sangat best. sampaikan terovernight. ish ! bebudak ni kan satu hal plak g singgah lepak tengok bola. xkan ktorg nak balik sendiri2. terpaksa la tengok bola jugak memandangkan musim EURO ni. ish xbest ! keterpaksaan. pastu abes bola teros balik hostel. kol 430 pagi. nasib baik guard bagi masuk. huhuhu.

sekarang da start cuti. owh merindukan ramai orang. teringat kat seseorang. dia call before balik

" fil. da nak balik ke ?"
" aah. abah aku da sampai. kau ? "
" jap lagi. jaga diri baik baik tau. selamat bercuti "
" okey. berehhh. jage diri jugak "
" ehhh nak jumpa jap. bagi barang kau "
" okeyy okeyy "

macam sengaja nak jumpa pulak. hahaha. hmmm. hati owh hati. kenapa kau buat aku macam ni. kenapa ? boleh tak guide aku sikit. tunjuk betul betul sapa yang kau nak ???? 

STRONG. STRONG. STRONG

10 April 2012

dunia hal lain lain

kita boleh baring. dongak siling macam la pandangan kau leh tembus sampai nampak bintang. len la kalau kau memang buang siling ngan atap rumah kau. do u get me ? bahahahaha

aku nak guna ayat ape lagi erk ? nak bagi orang sedar tanggungjawab die. bukan bukan. nak bagi orang sedar yang diri sendiri kena ada sifat tanggungjawab. aku rasa dah cakap banyak. xnak dengar memang aku rasa macam nak libas libas bontot tu kang.

bialah. semua kan datang dari hati. tunggu je la sampai hati die terbuka. kau nak push sangat pun bukan ada hadiah lumayan yang menanti. puihhh je la usaha kau tuh. sia sia rasanya. dan aku pun sedar. sapelaaaa kita nak nasihat orang, macam bagussss sangaaatttt jekkkk

memang bagus pun sebab tuh suke sangat nak menasihat. puihh lagi sekali. malas la kalau gini.

STRONG. STRONG. STRONG

17 March 2012

emak dan adik pon tiop lilin juger

setiap tahun
ada 3 tarikh yang unik
3.3.2012
12.3.2012
17.3.2012

birthday adik bongsu
birthday saya
dan
birthday emak sayang

so senang nak celebrate

kepada emak tercinta
Selamat Hari Lahir ke 49
semoga panjang umur, murah rezeki, sihat dan ceria
juga dilindungi Allah di dunia dan akhirat

kepada izwan bucuk bucuk
Happy Birthday ! manis 14
proud of you ! much brilliant !
hope sentiasa cemerlang dlm pelajaran
abah, emak n whole family really2 luv u
=)



STRONG. STRONG. STRONG

15 March 2012

tiop lilin. yeeyy

12.3.1989
emak lahirkan saya
=)

12.3.2012
hari ulang tahun saya yang ke 23
=) =)


hope tarikh yang bermakna ni mendatangkan 1001 kebaikan tuk kehidupan saya

syukran Ya Allah
panjangkan la usiaku
 berilah aku kesihatan yang baik
aminnnn

terima kasih keluarga tercinta
abah
emak
along & abg long
rashid
wani
izwan
such a beautiful wish !

gracias sahabat sahabat
sangat terharu dengar ramai ramai nyanyi lagu birthday 
awesome !

terima kasih kepada seseorang
sebab suka cari pasal
cari pasal lagi
lagi lagi carik pasal
kamuu seperti hantuuuuuu
terussss menghantui kuuuuuu
grrrrrrrrrrrr
dahh ! !


STRONG. STRONG. STRONG

25 February 2012

hati bersepah sepah

"pick ur phone now ! !"

hari hari bergaduh. tak gila pun leh jadi gila la

STRONG. STRONG. STRONG

17 February 2012

cara mengatasi kekecewaan


pejam mata. peluk bantal. luahkan pada diri sendiri. apa yang kecewa. kenapa kecewa. kalau rasa ada air mata yang keluar. biarkan. kalau perlu tersedu sedu. biarkan. anggap orang yang kita sayang peluk kita kuat kuat. bayangkan yang dia cakap jangan nangis. kau ada aku. jangan nangis. 

bila kita sedar nanti. lega. sebab kita tidur dalam pelukan orang yang kita sayang. 

lenanya aku tidur



STRONG. STRONG. STRONG

15 February 2012

11 February 2012

something stupid

dunia ini untuk orang yang hendak hidup sahaja. orang yang hidup tapi hatinya mati akan menyusahkan orang lain !

STRONG. STRONG. STRONG

09 February 2012

saya memberi dengan ikhlas

Pesanan Ustaz Idrus kepada PEREMPUAN 

.: jangan pikat lelaki kalau anda tak bersedia cintakan dia :.
.: jangan buat lelaki itu jatuh cinta kalau anda tidak cintakan dia :.
.: jangan memberi lelaki harapan kalau anda tidak pasti :.
.: jangan sakitkan hati lelaki jika anda tiada hati untuknya :.
.: jangan mainkan perasaan lelaki jika anda tiada perasaan untuknya :.
.: haram jika jadikan lelaki itu kekasih tetapi tiada niat untuk menikahinya :.

but i have no words to say

STRONG. STRONG. STRONG

memang degil pun

lawak la kalau hidup macam ni

xkena bayar sesen pun kalau jujur

STRONG. STRONG. STRONG