Nuffnang Ads

03 September 2014

Tips interview

hai assalamualaikum

siapa tengah cari kerja ? tengah tunggu panggilan interview ? angkat tangannnnn. ok bagus. good luck semua. saya pun tengah cari kerja. tengah interview. alhamdulillah belum ada rezeki tapi ada macam macam interview. inshaaAllah. mohon pada diri sendiri jangan putus asa. fikir positif !

kadang kadang pergi interview bukan setakat bawak resume/cv je tau. saya rasa ada macam macam tips supaya interview kita berjalan lancar. sini saya cuba kongsi perkara perkara yang tengah saya buat dan belajar masa datang interview


1. tahu latar belakang syarikat
kalau kita apply company yang gah. soalan macam ni memang wajib rasanya. jadi kena bersedia lah. kalau ditanya tapi xtahu jawab susah dik oi. akak je dah kena reject. haha pengalaman kan. kalau xbuat salah xtahu kesilapan. biasa benda benda ni sangat sensitif kepada interviewer. once kamu xtahu, kecik ati depa dik

2. sedia gambar, salinan sijil dll
ini perlu. sebelum interview akan kena isi borang. borang tu mesti kena attach dengan salinan sijil dan gambar. kalau ada company yang xmintak semua tu, tak apa lah. sediakan je. pun saya penah buat silap. haha. jauh tu pergi iv kat sepang. lupa bawak. nasib baik bawak semua sijil. menjajau cari kedai fotostate. sadd oh

3. pakaian
yang ini memang penting. pakai pakaian yang sesuai dengan bidang kita. if perempuan dan awak interview position civil engineer sangat sangat tak sesuai pakai baju kurung. nanti kita dianggap sangat anggun, sangat xtahan lasak. bukan nak minta kerja admin kan. tapi kalau admin takde masalah. lelaki pun kena smart. baju tuck in. walaupun awak minta kerja site engineer masa interview still kena kemas. itu pandangan pertama mereka kat kita

4. yakin
jawab dengan yakin. dilarang banyak tercengang atau tergagap atau terkedu. hehe. biasa kan orang suka tercakap Aaaaaa. Errrrk. Hmmm. sebab xtahu nak jawab apa. saya pun selalu buat camtu. hahaha. tapi solution dia, kena practice depan cermin. kalau dah tercengang nak wat guane. selawat banyak banyak. takpun jangan la terAaaaa. tapi senyum lebar lebar. kikiki

5. "body movement"
bukan xpayah banyak bergerak. saya nak maksudkan posisi tubuh badan masa interview. duduk kena tegak. xboleh sandar. tangan letak kat peha. kalau ada bawak beg, letak sebelah kaki. duduk pun ada cara. boleh google. haha. saya pernah terduduk silang kaki. wah kemain retiss. pastu beg letak sebelah macam takut hilang. amboi patut la kena reject. hahaha. macam poyo

6. sikap dan disiplin
masa. kita kena bermain dengan masa. kalau boleh jangan lambat tapi kadang kadang sesat ke kan. pastu kemain bagi alasan, jam saya xsama rupanya dengan jam company ni. Ahh sudahlah kau bagi alasan pulak. dan apa yang company suruh bawak dan sediakan. kena buat. ni company da request awal awal. so kalau bagi alasan lagi masa interview, memang direct je dorang cakap GAGAL

7. suara
tak payah eh cari buluh perindu selit kat gigi. kunun nak suara merdu. haha maksudnya suara awak kena jelas. kuat bukan menjerit. pastu ayak liuq jaga jaga. hahaha. lagi satu saya percaya ramai dari kita xmahir dalam komunikasi formal. lagi lagi bila interview in english. kita bukan xboleh speaking, mesti semua boleh kan. cuma kena cuba belajar formal and effective communication. saya pun banyak kurang. selalu saya cakap apa yang ada dalam kepala je. hahaha sorry bagi tips tapi xbuat. my badd

8. lesen dan kenderaan
lesen dah jadi 1 kepentingan. tapi kalau takde boleh dipertimbangkan. kan ? kenderaan pun. sobs. xkerja macam mana bak beli kenderaan sendiri. tapi pandai pandailah jawab. ada yang ajar saya, cakap je ada kenderaan. nati da masuk kerja heheh je lah. tapi jangan sampai bergantung sangat kat company suh bawak sana sini untuk urusan luar. kalau kerja kerajaan yelah ada driver. huhuh sadd

9. "expected salary"
kaji gaji untuk kelayakan awak. kaji tau. jangan suka suka mintak. hahah biasa mereka tanya berapa gaji kita nak. jangan letak rendah sangat sebab kalau mereka boleh bayar lagi tinggi mereka xkan cakap. tapi bila minta tinggi biasa dorang akan terus cakap yang mereka boleh bagi gaji sekian sekian. so accept. kalau tinggi mereka turunkan rate gaji. kalau rendah mereka diam diam. haha ini professor saya ajar. saya still kaji rate gaji. tapi kalau awak kaji tentang gaji gaji pekerja situ lagi bagus. senang xde tawar menawar. hahaha ayat kemain

10. doa
doa sebenarnya benda pertama. doa ibu bapa penting. doa dari syurga kita lagi penting iaitu ibu. harap harap setiap langkah kita ada peneman dari doa doa ibu. inshaaAllah akan dipermudahkan.

ada lagi yang saya xnyatakan x ? kalau awak ada ilmu dan tips boleh share x ? saya tengah belajar. hihi. tq semua. yang positif amik dan amalkan. yang negatif buang jauh jauh. Selamat maju jaya semua !



STRONG. STRONG. STRONG

12 comments:

Siti Rahmah Mohd Redzuan said...

tq infonya ^^

mujahidah maisarah said...

hihi kena tahu ni. tq share ya

Jari Manis said...

Good luck Fil jgk! Betul tu sbm g interbiu perlu ada semua preparation ni, pastikan eyes contact berckp dgn jelas dan dgn perasaan yg confident boleh mrmbuatkan panel temuduga tu rasa kita layak utk d ambil bekerja :-)

Mizzi Ifwat said...

saya pernah dan masih menjadi panel interviewer..

2 perkara yang suka saya tekankan ialah

1. Bahasa..
sekiranya panel bertanya bahasa Inggeris, wajib untuk jawab bahasa Ingeris. sekiranya panel tanya bahasa Melayu, digalakkan untuk menjawab bahasa Melayu..

2. kejujuran.
Sekiranya kita tidak tahu akan sesuatu perkara, hanya jawab apa yang tahu sahaja.. jangan sesekali menipu atau cuba untuk meyakinkan panel jika kita tidak tahu akan perkara itu.. ia akan menjejaskan mood panel..


sekadar perkongsian dari,
http://bisikan-hati-mizzi.blogspot.com/

. . fil . . said...

Siti Rahmah : welcome =)

. . fil . . said...

mujahidah maisarah : welcome =) silakan awak

. . fil . . said...

jari manis : thank you JM. dah pergi iv tadi. Alhamdulillah lega. kalau ada rezeki dapatlah. kalau belum ada boleh tunggu yg seterusnya =)

. . fil . . said...

Mizzi Ifwat : terimaksih ! Komen awak buat saya gembira sebab sudi share tips =)

Alynn Azman said...

Assalammualaikum fil..Lynn tag fill :) ..bls ea .

http://alynnazfiz.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

. . fil . . said...

Lynn : wa'alaikumussalam lynn. tq tau. inshaaAllah ad mse fil join

Yun Sing said...

Bhuhuhuhu sedih :'( Haritu ujian lisan dah erk tu lagi kalau in the future nak interview kerja.. T.T body movement tu memang takleh kawal =,=

. . fil . . said...

Yun Sing : alolo xpe. ada rezeki nati. InshaaAllah